PKP dilanjutkan hingga 14 April ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dimaklumkan secara lebih awal kepada orang ramai bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.
“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.
“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya pada perutusan khas, hari ini.
