12 polis Pulau Pinang direman bantu siasatan kes rasuah

GEORGE TOWN, 11 Mac -- Sebanyak 11 pegawai dan seorang anggota polis Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah yang didakwa bagi melindungi kesalahan pemandu lori di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh  Penolong Kanan  Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret George Town Nur Fadrina Zulkhairi selepas membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki turut mengesahkan kepada Bernama berhubung penahanan tersebut.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel