13 kes PUI baharu Covid-19


KUCHING: Sarawak mencatatkan 13 baharu pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 setakat ini.

Daripada jumkah tersebut 10 kes dilaporkan di Hospital Umum Sarawak, dua di Miri dan satu di Hospital Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata,  sebanayak 233 kes terkumpul dicatatkan sejak 10 Januari lalu.

"Sebanyak 215 kes yang diuji negatif yang disahkan oleh pihak hospital," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri telah menyaring sejumlah 14,054 pelawat di setiap balai ketibaan dalam negeri untuk tujuan pemeriksaan.

Orang ramai diminta untuk sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.
LihatTutupKomentar
Cancel