Sarawak eksport udang Harimau

KUCHING: Sarawak mempunyai potensi sebagai pengeksport utama industri udang galah ke luar negara melalui kaedah teknologi pertanian pintar.

Kejayaan Syarikat Sea Horse telah terbukti berjaya mengeksport hasil udang sehingga mencecah RM61 juta pada tahun lalu kepada negara-negara seperti Australia, China, Jepun, New Zealand, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar dan Singapura.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, syarikat berkenaan bekerjasama dengan usahawan kecil-kecilan yang terlibat dengan membekalkan makanan dan keperluan kemudian membeli semula produk tersebut dari mereka.

"Adalah menjadi harapan kami untuk melihat perusahaan ini berkembang pesat terutama bagi peniaga yang terus gigih menjalani perusahaan ini " katanya sempena lawatan kilang pemprosesan alga di Bintawa, semalam.

Douglas berkata, syarikat Sea Horse melaksanakan pengurusan makanan dan kualiti air menggunakan kaedah Internet (IoT) yang dilaksanakan oleh syarikat tempatan Sea Horse Corporation Sdn Bhd.

“Syarikat ini menyediakan makanan yang berasal dari genetik anak-anak ikan (broodstocks) Hawaii yang dihasilkan dalam bentuk alga tempatan.

"Ini menggalakkan proses tumbesaran udang galah secara mendadak sehingga mencecah 150 gram dalam tempoh lapan bulan,” katanya.

Terdahulu, syarikat Sea Horse telah menandatangani MoU dengan kementeriannya sebagai sebuah syarikat utama yang mengeluarkan hasil laut pada tahun lalu.

Uggah yakin dengan pencapaian Sea Horse yang memperoleh piawaian keselamatan makanan dan pensijilan seperti GAP, MeSTI, GMP, HACCP, HALAL dan BRCGS untuk dua buah kilang pemprosesan milik mereka.
LihatTutupKomentar
Cancel