Kereta terbakar selepas kemalangan


KUCHING: Pemandu sebuah kereta nyaris maut selepas kereta dipandunya terbakar sejurus melanggar tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas, Batu 11 Jalan Kuching Serian awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, mereka menerima panggilan pada jam 1.40 pagi dan terus bergegas ke lokasi.

Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, didapati sebuah kereta Perodua Alza terbakar akibat kemalangan kendiri melanggar tiang lampu. 

Pihak polis yang tiba awal melaporkan mangsa, Wilfred Lah, 44, berjaya keluar dari kereta tersebut. 

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran saluran bantu. Api padam sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.
LihatTutupKomentar
Cancel