Lelaki nyaris maut kemalangan


BINTULU: Seorang lelaki mengalami cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas ke tepi parit di Jalan Tun Hussein Onn, Batu 5 awal pagi tadi.


Maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan berlaku pada jam 1.37 pagi apabila keretan jenis Proton Waja yang dipandu Stephen Liven hilang kawalan lalu terbabas ke parit.


Pihak bomba  bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan strecher dan seterusnya menyerah mangsa kepada pihak ambulan Hospital Bintulu.
LihatTutupKomentar
Cancel