Tiong tolak jawatan timbalan menteri

KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dalam kabinet baharu diumumkan semalam.

Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Nelson Balang Rining berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat majlis tertinggi PDP di Kuala Lumpur semalam berikutan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai barisan kabinet baru itu.

"Jawatan itu tidak sepatutnya untuk jawatan presiden parti.

"Tiong sangat senior dari segi kedudukannya dalam parti dan juga telah lama berkhidmat sebagai anggota Parlimen," kata Nelson seperti dilaporkan Borneo Post.

Tiong, yang telah menjadi Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal, dilantik oleh Muhyiddin sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Walau bagaimanapun, beliau adalah satu-satunya Ahli Kabinet yang dilantik tidak menghadiri majlis akan vsumpah di Istana Melawati di Putrajaya hari ini.

Selain daripada Tiong, PDP mempunyai satu lagi kerusi, Baram, yang diwakili oleh Anyie Ngau. 

PDP adalah sebahagian daripada komponen GPS yang menyokong kerajaan gabungan Muhyiddin menerusinPerikatan Nasional (PN).

PN terdiri daripada BN, PAS, Bersatu dan 11 pemimpin PKR bersama dengan sokongan GPS.

Selain Tiong, Muhyiddin telah melantik empat menteri dan lima timbalan menteri daripada GPS.

GPS adalah gabungan parti yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.

Mereka mempunyai 18 Ahli Parlimen di Parlimen.
LihatTutupKomentar
Cancel