28 langgar PKP ditangkap


KUCHING: Seramai 28 telah ditangkap di Sarawak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat ini.

Daripada jumlah tersebut  seramai 24 daripada mereka adalah lelaki manakala 4 lagi adalah wanita.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seramai  26 orang telah ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalanraya atau tempat awam manakala dua lagi ditangkap di Batu Niah kerana merempuh sekatan jalanraya. 

"Tangkapan mengikut daerah iaitu Miri - 9 orang, Dalat - 7 orang, Sarikei - 4 orang, Kota Samarahan - 2 orang, Lawas - 2 orang, Bintulu - 2 orang,Kuching - 1 orang dan Padawan - 1 orang," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 26 orang telah dibebas dengan jamin polis setelah percakapan mereka dirakam manakala dua lagi yang merempuh sekatan jalan raya telah ditahan dalam lokap polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, amaran sekali lagi diberi kepada orang ramai untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sehingga 14 April 2020. 

Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana orang yang tidak dapat memberi alasan yang sah ketika ditahan di sekatan jalanraya atau semasa pemeriksaan mengejut (snap check).

Mereka didapati bersalah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan / Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020).

Hukuman ialah Sek. 186 Kanun Keseksaan - penjara 2 tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Manakala, menerusi Peraturan 7 (1) PPPPB - denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
LihatTutupKomentar
Cancel