Sempadan dikawal ketat cegah kes import
KUCHING: Sarawak akan meningkatkan kawalan pintu masuk sempadan dengan negara jiran untuk mencegah kes "import" virus COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Gerakan (MCO) diperluaskan trend COVID-19 di Sarawak stabil.
"Oleh itu saya merayu kepada semua rakyat Sarawak untuk terus mematuhi MCO dan tinggal di rumah," katanya pada sidang akhbar khas hari ini.
Pada Mesyuarat Keselamatan Negari pagi ini dua jawatankuasa kecil telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Manakala Jawatankuasa Keselamatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.
Abang Johari berkata, memandangkan Perintah Kawalan Gerakan diperluaskan (MCO) selama dua minggu lagi, kerjasama semua rakyat Sarawak perku mematuhi MCO untuk terus berada di dalam rumah.
"Jika kita mematuhi sepenuhnya MCO ada kemungkinan kita dapat menghentikan rangkaian jangkitan kerana kita dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan," katanya.