Pantau kesan kepada rakyat
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memantau dengan teliti kesan wabak COVID-19 terhadap rakyat di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemantauan pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi selepas pelaksanaan Pakej Sarawakku Sayang dilaksnakan.
"Kerajaan juga akan mengkaji dari masa ke masa kesan pelaksanaan MCO dan akan berusaha untuk mencari penyelesaian bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal," katanya pada sidang akhbar khas hari ini.
Pada Mesyuarat Keselamatan Negari pagi ini dua jawatankuasa kecil telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Manakala Jawatankuasa Keselamatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.