4 cedera kemalangan kendiri di Nanga Nyikau


KAPIT: Empat cedera dalam kemalangan kendiri di Nanga Nyikau Jalan Kapit-Song, di sini, petang ini.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 2.01petang.
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kapit menerima panggilan berlaku kemalangan kendiri membabitkan kereta Perodua Myvi dan dilaporkan ada mangsa tersepit,"katanya di sini hari ini.

Katanya, terdapat empat penumpang, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan masih berada dalam kereta berkenaan.

"Kereta dilaporkan dalam perjalanan dari arah bandar Kapit balik ke kampung terdekat,"ujarnya.

Katanya, pasukan bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera daripada kereta tersebut dan menghantar ke hospital Kapit menggunakan jentera EMRS Bomba.
LihatTutupKomentar
Cancel