500 anggota badan beruniform Unimas sertai perbarisan

KOTA SAMARAHAN:Kira-kira 500 anggota dari empat buah badan beruniform di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyertai program Perbarisan Badan Beruniform Unimas 2020 bertempat di padang kawad, DeTAR PUTRA, Unimas, hari ini.

Anggota-anggota tersebut terdiri daripada Badan Beruniform Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan PALAPES Udara.

Berucap di majlis iti Naib Canselor Unimas merangkap Komandan PALAPES, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyatakan rasa bangga dengan penyertaan anggota dari badan-badan beruniform universiti dalam program sedemikian yang dilihat dapat merapatkan silaturahim sesama anggota badan beruniform di universiti ini.

Beliau berkata, penyertaan dalam badan-badan beruniform di universiti juga dapat memupuk nilai-nilai murni, mengilap jati peribadi diri dan membentuk keperibadian serta akhlak yang baik bagi mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

“Saya percaya, dengan pengalaman serta kepakaran jurulatih-jurulatih di setiap badan beruniform, saudara-saudari akan didedahkan dengan ilmu yang secukupnya.

"Jadikan pengalaman serta ilmu yang ditimba sebagai pemangkin untuk saudara-saudari terus maju ke hadapan setelah saudara-saudari menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi ini dan ditempatkan di sektor-sektor awam mahupun swasta,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel