76 kes baharu, 3 positif, 95 masih menunggu makmal


KUCHING: Sarawak mencatatkan 76 kes baharu pesakit dalam siasatan Covid-19 hari ini.

Daripada jumlah tersebut Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 48 kes yang  dilaporkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) diikuti Miri 18 kes dan Mukah enam kes, Lawas dua kes dan masing-masing satu kes di Sibu dan Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, tiga kes telah disahkan positif manakala 240 adalah negatif dan 95 lagi masih menunggu keputusan makmal.

"Sebanyak 59 kes di Hospital Umum Sarawak yang masih menunggu keputusan makmal diikuti 18 di Miri, enam di Mukah, lima di Bintulu dan Lawas manakala dua lagi di hospital Sibu," katanya.

Jabatan Kesihatan juga menyaring seramai 15,684 penumpang di semua balai ketibaan negeri serta berlaku peningkatan jumlah kepada 473, 154.
LihatTutupKomentar
Cancel