9 ditahan terlibat penyalahgunaan dadah


KUCHING : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak menahan seramai sembilan lelaki kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam Operasi SHARP semalam.


Operasi terbabit diadakan di kawasan
Kampung Pasir Tengah, Lundu, Kampung Sileng Melayu, Lundu, Kampung  Stunggang Melayu dan Kampung Bukit Panchur, Bau. 


Ketua Operasi AADK,Jesnik Gindol berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun. 

“Saringan awal air kencing mendapati tujuh orang didapati positif dadah jenis syabu ,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
LihatTutupKomentar
Cancel