Cubaan seludup 20,000 liter minyak diesel gagal
BINTULU:Cubaan tiga lelaki warganegara Indonesia menyeludup 20,000 liter minyak diesel gagal setelah ditahan Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah Lima Bintulu.
Ketiga-tiga mereka yang merupakan juragan dan kru kapal kargo berusia 32 hingga 53 tahun ditahan di sungai Batang Kemena, di sini, jam 6petang semalam.
Komander PPM Wilayah Loma,Asisten Komosioner Shamsol Kassim berkata,dalam rondaan itu pihaknya menahan dan memeriksa sebuah bot kargo Bunga Rajang Nombor Dua dengan pendaftaran QSB2718.
"Semasa pemeriksaan dilakukan didapati bot kargo terbabit sedang membawa muatan bahan bakar diesel 20,000 liter.
"Juragan bot gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan
dengan pemilikan minyak itu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pihaknya merampas bot karga terbabit,minyak diesel,peralatan untuk mengepam minyak, seunit pam,hos minyak saiz dua inci panjang 15 meter dan hos minyak saiz tiga inci panjang 15 meter.
"Anggaran kesemua rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,545,100.
"Laporan polis dibuat dan kes dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Bahagian Bintulu untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961KPDNHEP.