Ajal jala ikan
MIRI : Lelaki warga emas menemui ajal ketika keluar menjala ikan seorang diri kawasan Universiti Curtin Malaysia.
Difahamkan lelaki berusia 60 tahun itu keluar dari rumahnya jam 9 pagi semalam dan tidak balik ke rumah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, warga emas terbabit ditemui sudah meninggal oleh anak lelakinya dalam keadaan meniarap kira-kira jam 8 pagi tadi.
"Laporan kehilangan mangsa telah dibuat isterinya selepas mendapati suaminya tidak balik ke rumah," katanya di sini hari ini.
Katanya,pihak polis dimaklumkan
mangsa mempunyai rekod penyakit jantung.
"Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut(SDR)," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
