Aktiviti sabung ayam di Kampung Gersik diserbu
KUCHING: Pihak polis menyerbu aktiviti sabung ayam di salah sebuah rumah di Kampung Gersik, di sini,petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata,dalam serbuan jam 3.20 petang itu, tiga lelaki berusia 35 hingga 47 ditangkap.
"Tiga ayam hidup dan seekor ayam mati serta taji yang digunakan bagi menjalankan aktiviti sabung ini turut dirampas,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.
