RM16.4 juta bantuan makanan golongan terjejas

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak melupakan golongan terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 terutama kawasan luar bandar.
 
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sehubungan itu sebanyak RM16.4 juta peruntukan tambahan untuk membeli makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

 
Menurutnya, peruntukan berkenaan bagi membantu penduduk luar bandar yang putus pendapatan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ia akan dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi 12 Adun yang dilantik peringkat akar umbi.


"Mereka yang disasarkan ialah golongan hilang pekerjaan di kawasan luar bandar, golongan gelandangan dan kurang berkemampuan.

"Peruntukan ini akan dipantau oleh pihak Jabatan Penguruan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan di setiap daerah atau bahagian masing-masing," katanya pada sidang media semasa meninjau bekalan makanam di sebuah pasar raya di The Spring hari ini.

Selain itu, Abang Johari turut melakukan lawatan stok bekalan makanan di sebuah pasar raya Mydin di Petra Jaya pada hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi.


Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak bukan sahaja memberi fokus kepada masyarakat di bandar raya Kuching tetapi seluruh kawasan di seluruh negeri.

Gambar ihsan Ambrose Cheng
LihatTutupKomentar
Cancel