Awas sindiket tipu pengeluaran KWSP




KUCHING: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatkan supaya berwaspada sindiket dalam talian ekoran penularan laman web tidak rasmi KWSP di media sosial.

Sindiket berkenaan dilihat aktif beberapa jam selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan pengeluaran wang KWSP RM500 untuk pencarum selama selama 12 bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, beberapa pautan berkaitan KWSP mula tersebar pada beberapa media sosial dipercayai bukan laman sebenar daripada agensi berkenaan.

Menurutnya, orang ramai harus menyelidik terlebuh dahulu sebekum menyerahkan maklumat identiti diri.

"Masyarakat harus berhati-hati serta meminta pengesahan daripada jabatan berkaitan sebelum membuat tindakan susulan pengisian maklumat.

"Antara punca utama masyarakat ditipu adalah kerana ada dalam kalangan mereka (mangsa) terlalu mudah memberikan maklumat kepada pautan laman web yang tidak rasmi," katanya.

Masyarakat yang mempunyai kemusykilan atau berkemungkinan telah ditipu boleh menyalurkan maklumat melalui Whatsapp atau SMS ke Commercial Crime Investigation Departmentv(CCID)vvInfoline di talian 013-2111222.
LihatTutupKomentar
Cancel