Bermain Sape untuk sara keluarga
KUCHING, 3 Mac: Sukar mencari pekerjaan kerana kaki yang tempang menyebabkan Desmond Junek, 42 dari Serian bermain gitar sape bagi menghiburkan pelancong di Tebingan Kuching bagi menyara keluarganya.
Bapa kepada empat anak terbabit berkata kebiasaanya dia mampu mendapat puluhan ringgit sehari setiap kali membuat persembahan di Tebingan Kuching dan pendapatannya mencukupi bagi menyara keluarga.
"Saya sudah puas mencari pekerjaan bagi menyara keluarga termasuk memohon pekerjaan sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi majikan keberatan mengambil saya sebagai bekerja kerana kaki yang tempang," katanya ketika ditemui di Tebingan Kuching, baharu-baharu ini.
Desmond kemudian memutuskan mengunakan kemahirannya bermain sape bagi membuat persembahan kepada pelancong di Tebingan Kuching bagi menjana pendapatan.
"Namun tidak setiap hari saya boleh membuat persembahan di sini, kerana bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca hujan saya tidak turun membuat persembahan dan duduk berehat di rumah,"katanya.
Beliau sebelum ini bekerja di kedai perkakasan terpaksa berhenti kerja kerana kakinya menjadi tempang sejak tahun lepas dan sudah lima kali menjalani pembedahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) serta disyaki doktor disebabkan jangkitan kuman.
tamat
keterangan gambar:
1. Desmond Junek, 42 bermain gitar sape di Tebingan Kuching.
2. Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan (kiri) berbual dengan Desmond Junek, 42 yang bermain gitar sape di Tebingan Kuching, baharu-baharu ini.
1 Komentar
-
Unknown March 6, 2020 at 9:46 PM Semoga beliau terus tabah menjalani hidup ini dan di murahkan rezeki.