"Pulut Panggang Sapiah Terkenal Kerana Kelazatannya"


SARIKEI: Pulut Panggang Sarikei atau Pulut Panggang Sapiah cukup terkenal oleh penduduk dalam dan luar Sarikei kerana kelazatannya.

Sapiah Binti Japar berusia 57 tahun pada mulanya menjalankan perniagaan pulut panggang secara kecil-kecilan namun atas sambutan diluar jangkaan, perniagaan pulut panggang beliau mendapat tempahan dari dalam dan luar Sarikei sejak beberapa tahun kerana kelazatannya. Malah pihak vvip turut menempah pulut panggang beliau untuk sajian sewaktu keramaian.

Kedai kecil yang terletak di Jalan Haji Karim Sarikei sejak 10 tahun lepas menjadi lokasi yang cukup strategik untuk beliau menjalankan perniagaannya kerana aliran trafik dari simpang kiri dan kanan membuatkan kedai beliau  sering dikunjungi dan mendapat perhatian pembeli.

Dengan harga yang murah dan saiznya yang cukup besar, pulut panggang yang dijual berharga RM1.00 untuk yang biasa dan RM2.00 untuk yang berinti seruding ayam.


"Pendapatan dalam sehari dianggarkan  RM400-RM600 dan turut dibantu oleh anak juga menantunya. Bahan-bahan untuk memproses pulut panggang memerlukan 20kg-30kg beras pulut, 20kg santan segera sehari manakala penggunaan arang bulat sebagai bahan bakar sebanyak 25kg-35kg seminggu" ujarnya lagi.


"Apabila menjelang musim perayaan, pulut panggang akan dibuat lebih dari hari biasa kerana tempahan dan pembelian luarjangka oleh penduduk-penduduk tempatan dan luar Sarikei" katanya lagi.

Penduduk luar dari Sarikei juga boleh menempah pulut panggang beliau dengan menghubungi no talian 013 571 4427.
LihatTutupKomentar
Cancel