Istana Negara cuba hubungi Abang Jo


KUCHING : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mendedahkan bahawa pihak Istana Negara membuat panggilan kepada beliau jam 4 petang (Sabtu) untuk meminta sokongan dalam memilih perdana menteri ke 8.

Katanya, beliau pada ketika itu sedang menghadiri sebuah majlis bersama rakyat di Sungai Asap, Belaga yang pada itu Abang Zohari memberitahu beliau agak sukar untuk dihubungi.

“Saya ketika itu berada di Sungai Asap, mereka tidak dapat menghubungi saya kerana (masalah) line. Oleh itu saya mendapat panggilan daripada Istana Negara pada 4 petang.
“Sebelum itu saya memang mempunyai mandat oleh kepimpinan parti (GPS), oleh itu saya memberitahu kita sokong Tan Sri Muhyiddin, jam 5 petang beliau (Muhyiddin) diumumkan sebagai Perdana Menteri.” katanya kepada media.

Terdahulu Abang Johari menghadiri Majlis Forum Keharmonian Antara Penganut Agama Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam (SIIC) disini, pagi tadi.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin adalah demi untuk menyelamatkan negara yang pada ketika itu dilanda kemelut politik.

“Dalam erti kata lain, apa yang kita lakukan ialah GPS bertindak untuk menyelamatkan negara daripada kemelut politik ini, dan kita tidak boleh membiarkan negara tergantung (tidak mempunyai pentadbiran).” katanya.

Beliau juga mendapati bahawa ada segelintir respon daripada masyarakat yang menyalahkan beliau kerana tiada disaat kemelut berkenaan, ini jawapan beliau.

“Ada lah setengah kawan kita memberitahu, kenapa Abang Jo pada saat ini berada di Sungai Asap, saya beritahu people first, Sarawak people first.

“Kenapa saya perlu peduli, itu bukan masalah kita itu masalah mereka, sebab pada mulanya saya telah menegaskan bahawa kita tidak mahu terlibat dalam masalah ini.

“Mereka yang berebut untuk menjadi perdana menteri, bukan kita. Kenapa libatkan kita? Saya mahu buat jalan dan beri tanah kepada masyarakat di Sungai Asap kerana ini lebih penting.” tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel