Budak bermata biru



JOHOR: Seorang budak perempuan menjadi tumpuan media sosial selepas gambar wajahnya yang comel dengan mata biru dimuat naik ke Internet.

Gambar Ezreen, murid dari SK Morni Pok, Gelang Patah Johor dimuat turun ikeh seorang guru melalui akaun Facebook Akmal Ady.

Akmal dalam catatan bersama paparan itu berkata,

“dah 18 kali aku perhatikan mata anak murid aku ni..kali ke 19 tak boleh tahan kena ambik gambar jugak. Mintak mintaklah nanti bby kenan mata budak ni. Warna mata ori ni, bukab pakai contact lens ya. Comelkan”

Muatan itu telah dikongsikan melalui Facebook Page Viral Media Johor dan mendapat lebih 10,000 Likes dan dikongsi lebih 500 netizen.

Manakala di Twitter, perkongsian melalui @abang_jambang turut mendapat 22,000 Likes dan dikongsi lebih 11,500 kali.

Ramai netizen terpegun dengan keunikan wajahnya, yang berkulit sawo matang dan bermata biru menawan.

Sementara itu perkongsian itu turut mendapat perhatian daripada pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom i
melalui postingnya di Twitter memberitahu, mata biru itu boleh disebabkan faktor genetik dikenali Waardenburg syndrome.
 
Ia amat jarang berlaku dan boleh menyebabkan perubahan warna (pigmentasi) warna mata, rambut atau warna kulit. 

“Orang yang mempunyai sindrom ini boleh mempunyai warna mata biru pucat atau warna lain, contohnya sebelah bitu dan sebelah lagi perang,” katanya dalam posting itu.


LihatTutupKomentar
Cancel