Kabinet Mesti Bersih dan Nampak Bersih

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Barisan kabinet yang diharapkan rakyat adalah bersih dan mesti nampak bersih tetapi bersih dan nampak bersih sahaja tidak cukup.

Ia memerlukan lebih daripada itu kerana rakyat berharap dan menjangkakan apa boleh diberi kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

Motto bersih dan nampak bersih adalah lanjutan daripada motto yang diamalkan oleh perkhidmatan awam kerajaan UMNO BN iaitu BERSIH, CEKAP DAN AMANAH.

Ini bermakna pemimpin itu bukan sahaja bersih dan nampak bersih tetapi juga mesti cekap dan amanah menjalankan tugas mereka.

Kerajaan baharu Perikatan Muafakat Nasional diingatkan tidak mengulangi kesilapan kerajaan Pakatan Harapan di mana mereka melantik pemimpin parti yang sedang disiasat dan dibicarakan sebagai menteri.

Rakyat melihat bagaimana pemimpin DAP yang sedang didakwa kerana rasuah jelas tidak bersih seperti Lim Guan Eng yang disiasat dengan kes rasuah rumah banglo dan terowong tetapi kes itu digugurkan sebaik menjadi menteri.

Perkembangan itu menjadikan kabinet Tun M dulu tidak bersih.

Rakyat menyaksikan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kes jenayah besar itu, ini bukan kes curi roti di kedai sebaliknya kes rasuah projek bernilai bilion ringgit.

Berbeza sama sekali dengan pemimpin UMNO, mereka mahu membersihkan diri melalui mahkamah.

Sebelum PRU ke-14, Tun M dan DAP asyik mendakwa Najib tidak bersih demgan dakwaan Najib adalah penyangak,  penyamun, pencuri dan perompak.

Namun setelah mereka menang dan membentuk kerajaan, TIDAK PULA NAJIB DITANGKAP kerana penyangak, penyamun, pencuri dan perompak!

Bermakna tuduhan Tun dan DAP itu hanyalah fitnah dan palsu. Sekarang semuanya berbalik kepada Tun dan DAP. WAMAKARU.

Melayu kata, sopannya, satu tunjuk kat orang empat tunjuk kat diri sendiri.

Tambah mengejutkan apabila kerajaan terdahulu membebas dan melepaskan tahanan militan LTTE yang merupakan antara punca penolakan rakyat secara besar-besaran sehingga tertumbangnya kerajaan yang baharu 22 bulan  mentadbir negara ini.

Pemimpin DAP yang jelas menyokong atau terlibat dengan LTTE dan sedang didakwa tersebut adalah jelas tidak nampak bersih.

Jika dibebaskan tanpa dibicara (telah pun) kekallah tidak bersih.

Seperti kata Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, beliau tidak mahu kesnya digugurkan dan serahkan kepada mahkamah untuk membersihkan namanya.

Bermakna ketika ini tidak memenuhi bersih dan nampak bersih.

Barisan jemaah menteri adalah refleksi kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, sehubungan itu MESTI BERSIH dan NAMPAK BERSIH.

Perdana Menteri ke lapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan jangan ulangi kesilapan pemimpin terdahulu.

Kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mahu bekerjasama dengan individu. Sewajarnya dia bekerjasama dengan parti.

Ini kerana parti boleh memilih wakilnya yang bersih dan nampak bersih. Individu seperti Datuk Seri Zahid Hamid, katanya dia mewakili UMNO, jadi terpaksa terimalah.

Sehubungan itu, semua terutamanya penyokong Tun M sewajarnya memahami, rakyat berharap Muhyiddin bertindak mengikut motto bersih dan nampak bersih.

Jadi mana-mana Majlis Tertinggi UMNO yang sedang ada kes tu kena tunggulah.

Pemimpin parti yang sedang disiasat, sedang dibicarakan tunggu hingga selesai sebelum boleh diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan

Contohilah bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak, beliau meletak jawatan dalam parti dengan penuh tegas dan berprinsip malah meminta kesnya jangan digugurkan.

Berilah peluang menggunakan mahkamah untuk membersihkan dakwaan, tohmahan dan fitnah.

Nasihat yang sama sepatutnya diikuti Zahid, Tengku Adnan, Datuk Ahmad Maslan dan lain-lain yang ada dakwaan di mahkamah.

Jangan mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jangan gambarkan cerminkan itulah pilihan Agong.

Rakyat tidak tahu bahawa itu adalah pilihan Perdana Menteri sebagaimana yang telah dikatakan oleh Datuk Bijaya Istana.

Belajarlah daripada kesilapan Tun M memilih barisan jemaah menteri yang mempergunakannya, memberi nasihat yang salah akhirnya menariknya ke bawah.

Nasihat yang salah, menariknya ke bawah (dragdown), membawanya rebah.

Tumbangnya sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dengan harapan baru (akhirnya hampa).

Muhyiddin perlu berhati-hati daripada menerima maklumat yang salah.

Maklumat salah daripada nasihat yang salah, tentunya datang daripada pihak yang tidak bersih.

Penulis adalah Ahli Mangku Negara, Tokoh Wartawan Rakyat dan Anugerah Kajai 2014
LihatTutupKomentar
Cancel