Betong Fest 2020 Dan Betong Agro Fest 2020 ditunda


BETONG: Penganjuran Betong Fest 2020 Dan Betong Agro Fest 2020 yang dijadualkan berlangsung bermula 20 hingga 29 Mac ini di Tasik Medan, Bandar Baru Betong ditunda.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh jawatankuasa penganjur berikutan penularan COVID-19 yang membimbangkan banyak pihak.

"Kita telah merujuk kepada arahan supaya menghentikan sebarang aktiviti luar.

"Di sini saya ingin memberitahu bahawa program tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang akan datang.

"Sebarang maklumat berkaitan dengan Betong Fest 2020 dan Betong Agro Fest 2020 akan di maklumkan lagi kelak," jelasnya.

Kenyataan itu juga memberitahu bagi peserta yang telah dan ingin mendaftar diri dalam aktiviti yang dirancang agar sedia maklum tentang penundaan tersebut.

"Kami amat menghargai pembabitan semua yang ingin menyertai aktiviti tetapi kita harus akur dengan musibah yang melanda di peringkat global," ujarnya.

Pelbagai aktiviti telah dirancang termasuklah Pentas Hiburan yang merangkumi Miss Agro Tourism Betong 2020, Battle Of The Band Betong Fest 2020, Mr Fit Betong Fest 2020, Betong Fest Idol 2020, Suara Emas Betong Fest 2020, Pertandingan Ngajat Iban Berkumpulan, Pertandingan Bermukun dan Bertandak, Pertandingan Moden Dancedan Pertandingan Senam Tari Poco-Poco yang terbuka kepada orang ramai dari dalam mahu pun luar Bahagian Betong.

Aktiviti untuk Kanak-Kanak turut disediakan iaitu Pertandingan Bintang Kecil (Bawah 12 tahun), Pakaian Beragam / Mewarna Kanak-Kanak dan Pertandingan Bayblade

Selain itu aktiviti Sukan juga diadakan seperti Mini Sukaneka dan Zumba Fest 2020.

Turut dirancang ialah aktiviti-aktiviti jualan barangan basah dan kering dimana pelbagai jenis jualan dan pameran ditapak pesta disediakan kepada pengunjung akan berlangsung sepanjang sembilan hari program tersebut.

LihatTutupKomentar
Cancel