Dua Remaja Terbang Dilanggar Van

SARIKEI: Satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang empat Jalan Masjid Lama, Sarikei sebentar tadi.

Menurut pemandu van, beliau memandu van dari arah Jalan Masjid Lama menuju ke Kampung Seberang Sarikei manakala motosikal terbabit keluar dari simpang Jalan Syariff Mashor. 

"Saya tak sempat nak mengelak kerana mereka berdua tiba-tiba keluat mengejut dari simpang sebelah kanan" ujarnya lagi.

Oleh kerana dari impak pelanggaran tersebut, penunggang motosikal terpelanting ke tepi belukar sejauh 7 meter dari tempat pelanggaran manakala pembonceng pula terpelanting di atas jalan raya.

Kedua-dua remaja lelaki dan perempuan berusia 17 tahun tersebut dihantar oleh ambulan setelah menerima panggilan orang ramai pada jam 4:20 petang.

Sehingga kini, laporan kejadian masih dalam siasatan.

LihatTutupKomentar
Cancel