Perhimpunan awam lebih 250 peserta ditangguh
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengeluarkan arahan semua perhimpunan awam melibatkan lebih 250 peserta ditangguhkan.
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dan juga Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknhya
mematuhi keputusan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Katanya, semua aktiviti pelancongan, perniagaan, belia dan sukan yang dianjurkan atau ditaja oleh kementerian dan agensi akan ditangguhkan sehingga notis selanjutnya.
Menurutnya, keputusan sukar perlu dibuat, kesihatan awam di Sarawak menjadi keutamaan ekoran Covid-19 berstatus pandemik.
"Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan mengkaji semula keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan penganjur dan orang ramai dimaklumkan," katanya.