Brunei rekod kematian pertama akibat Covid-19
BRUNEI - Brunei merekodkan kematian pertama akibat Covid-19 pada Jumaat daripada 115 kes yang dilaporkan positif.
Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan, mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun meninggal di Pusat Kuarantin Tutong pada jam 8.20 malam tadi.
Menurut Borneo Bulletin, sebelum ini mangsa pulang sini dari Kemboja dan Kuala Lumpur pada 4 Mac.
Sehingga 27 Mac, seramai 1,140 sudah dikuarantin dan daripada 115 kes positif, seramai 11 pesakit sudah sembuh.