COVID-19: IPD Serian terima sumbangan makanan segera untuk PKP

SERIAN: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serian menerima sumbangan berupa makanan segera bagi kegunaan sepanjang menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) ini.

Sumbangan berkenaan diterima daripada Serian Chinese Chamber of Commerce, Kuil Tai Pak Kung Serian dan 
Persatuan Kebajikan Bersatu Serian.
Barangan yang disumbangkan ialah 100 bungkus roti cream crackers, 40 kotak air mineral, enam kipas duduk dan tiga wayar soket tambahan.

Sumbangan diterima Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis, KBSJD Serian, ASP Alias Nen, IKAD Serian,ASP John Sabadurai Frankie Alat, KBLOG Serian, Insp Harper Kenol dan KPB Serian Sjn Masniah.
LihatTutupKomentar
Cancel