Cubaan Pecah Masuk Namun Gagal
SARIKEI: Dalam kerisauan masyarakat kita pada masa sekarang, masih ada yang cuba untuk mengambil kesempatan cubaan mencuri dan memecah masuk di sebuah rumah malam semalam.
Kejadian yang berlaku di Lorong 4 Perumahan Taman Susur Jambu malam semalam mengejutkan penghuni rumah tersebut yang mana sebahagian penghuni rumah masih belum tidur
Dalam kejadian pada jam 10.40 malam semalam, penghuni rumah di tingkat atas terbangun apabila mendengar bunyi pelik dari pintu belakang rumah.
Difahamkan pencuri tidak mengetahui bahawa rumah tersebut mempunyai penghuni dan seterusnya penghuni mengambil langkah berjaga-jaga ketika kejadian tersebut.
Namun cubaan memecah masuk ke dalam gagal ketika pencuri menggoncang tombol pintu belakang rumah, penghuni rumah berteriak dari dalam dan mengejutkan cubaan pencuri tersebut.
Penghuni rumah kemudiannya menyuluh dari tingkat atas dan mendapati pencuri tersebut telah beredar dari tempat kejadian namun tidak diketahui berapa orang individu yang terlibat.
Salah seorang penghuni rumah tersebut berkata "Saya turut memuat naik kejadian tersebut di halaman facebook untuk peringatan kepada orang ramai agar mereka berhati-hati ketika waktu arahan "Perintah Kawalan Pergerakan" kerana mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kita."
"Bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Beliau juga turut menyeru agar unit rondaan dan kawalan dapat memantau pergerakan dimana-mana kawasan yang dikhuatiri terdedah seperti kejadian malam semalam"
Orang awam adalah diminta untuk mendengar dan mengikut segala arahan "Perintah Kawalan Pergerakan" sejak ia dikuatkuasakan.