Derma darah di Dewan MBKS


PUSAT ALTERNATIF DERMA DARAH BLOOD BANK HUS secara rasminya akan memulakan operasi pada esok hari 24 Mac 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.

Pembukaan pusat ini adalah untuk memberi peluang kepada semua penderma untuk hadir tanpa bimbang seterusnya membantu kami meningkatkan semula bekalan darah di HUS.

Kami memahami kekhuatiran anda semua untuk hadir di centre kami di HUS pada masa sekarang.

Walaupun begitu, centre kami di HUS tetap BEROPERASI seperti biasa bermula jam 8.00 pagi - 4.30 petang (sesi derma selepas waktu pejabat ditamatkan).

Anda kini mempunyai dua lokasi derma darah tetap iaitu di CENTRE HUS dan di DEWAN MASYARAKAT MBKS, JALAN PADUNGAN.

Jom derma darah. Darah selamat untuk semua. Darah x pernah cuti. Jalankan tanggungjawab sosial anda bersama kami. Jumpa anda di sana!!!
LihatTutupKomentar
Cancel