KKM berjaya dapatkan 33 juta unit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) kakitangan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya memperolehi stok bekalan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan berita baik itu menerusi catatan laman Facebook rasmi beliau.
Sebelum ini isu kekurangan bekalan topeng muka, gaun dan sarung tangan, sehingga tular video kakitangan terpaksa memakai pakaian buatan DIY.
Selain daripada itu, pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.
Pihak KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan mereka.
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa isu kekurangan bekalan PPE kini merupakan satu isu global.
Namun begitu pihak KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan. Oleh itu, pihak KKM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan bekalan PPE yang mencukupi untuk setiap fasiliti kesihatan melalui penyelarasaan pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.
