Nenek cedera terkena tembakan cucu sendiri

SERIAN: Seorang nenek cedera terkena senapang guli buatan sendiri cucunya yang dipelajari daripada youtube, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis,dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, cucu mangsa dipercayai bergurau dengan neneknya.

"Anak mangsa mendengar bunyi tembakan di belakang rumah dan mendapati ibunya yang berusia 87 tahun pengsan terkena tembakan senjata buatan sendiri oleh anak yang berusia 16 tahun.

"Kejadian berlaku semasa suspek tidak sengaja tertembak mangsa ketika bergurau dengannya,"katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian atas kening sebelah kanan akibat tembakan tersebut. 

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

"Suspek telah ditangkap dan rampasan terhadap senjata telah dibuat,"ujarnya.

Katanya,senjata tersebut yang turut dimiliki oleh adik suspek  turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.
LihatTutupKomentar
Cancel