Pemandu lori sawit parah ditetak

BAU: Seorang pemandu lori sawit cedera parah ditetak menggunakan parang oleh seorang lelaki dikenalinya, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bogag di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun berada di rumahnya bersama seorang lagi rakannya.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon,suspek datang sambil membawa parang dalam keadaan marah dan menjerit kepada mangsa dan rakannya.

"Suspek terus melibas parang ke arah mangsa menyebabkan tangan kiri mangsa hampir putus, dua jari tangan sebelah kanan putus, dada dan kepala cedera.
"Rakan mangsa, seorang wanita berusia 35 tahun cedera di dada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek berusia 40 tahun turut cedera parah di belakang kepala, ditemui tidak sedarkan diri di tempat kejadian.
"Suspek kini sedang dirawat di zon merah Hospital Umum Sarawak(HUS) manakala mangsa dibawa ke  hospital Bau untuk mendapat rawatan,"ujarnya.

Katanya, sebilah parang, dua batang tiang lada dan dua bongkah atap genting telah dirampas dari tempat kejadian.
"Punca kejadian masih belum dikenalpasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel