Dr Madeline Berma sekolahkan netizen


Pakej Ransangan Ekonomi

Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) adalah pakej yang terdiri daripada “langkah-langkah ekonomi yang digembelingkan/disatukan oleh Kerajaan untuk merangsaan Ekonomi. 

2. Objektif - PRE adalah untuk (a) mengukuh ekonomi yang semakin lemah, (b) mengelak berlakunya kemelesetan dalam ekonomi.

3: Cara - Meningkatkan permintaan, mengekalkan pekerjaan, mencipts pekerjaan baharu.  Kerajasn boleh menguna dua dasar: 

(a) Fiskal - Kerajaan mengguna kuasanya untuk mengenakan 
 cukai dan meningkatkan perbelanjaan

(b) Monetari - berkaitan pengurusan kadar bunga, dan jumlah penawaran wang. Ia diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Pakej Ransangan Ekonomi yang diperkenalkan adalah rangsangan Fiskal dengan cara Kerajaan:

(i) mengurangkan cukai, 
(Ii) meningkatkan pengunaan dan perbelajasan.

Apabila Kerajaan meningkat perbelanjaanya, maka ia menyuntik wang (secara tidak langsung) ke dalam ekonomi, yang akan memacu ekonomi, mengurangkan pengangguran, dan meningkatkan pendapatan dan pengunaan isirumah dan aktiviti perniagaan.

Untuk mengikuti Facebook beliau, sila click di sini

Dalam hantaran berikutnya, di sini beliau mengupas lebih lanjut seperti berikut. 

Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN

Ada beberapa rakan yang bertanyakan kepada saya maksud Pakej Rangsangan, tujuan ia diperkenalkan, nilai sebenar pakej yang dibiayai oleh Kerajaan. Berikut saya cuba memberi jawapan kepada rakan2 yang bertanya.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan "Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN (PREP)" berjumlah RM250 billion untuk meringankan beban yang ditanggung akibat penularan Covid-19.

1. MAKSUD PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Pakej rangsangan ekonomi melibatkan PENGEMBELINGAN tindakan ekonomi untuk memacu ekonomi yang mengalami kemelesetan. Kerajaan boleh menguna dua dasar: 

(a) Dasar Fiskal - melibatkan suntikan wang, kadar bunga, insentif, diskaun, pinjaman mudah, moratorium pembayaran pinjaman)
(b) Dasar Monetari - pengurusan kadar bunga, kecairan, penawan wang)

PREP berupa Dasar Fiskal yang melibatkan suntikan wang, kadar bunga, insentif, diskaun, pinjaman mudah, moratorium pembayaran pinjaman yang bernilai RM250 billion.

2. MATLAMAT PREP: 
(a) Melindungi Kebajikan Rakyat 
(b) Menyokong Perniagaan 
(c) Memperkukuh Ekonomi 

3. NILAI PAKEJ
(a) Melindungi Kebajikan Rakyat – RM128 billion
(b) Menyokong Perniagaan – RM100 billion
(c) Memperkukuh Ekonomi – RM20 billion
(d) Pakej Rangsangan Ekonomi I – RM20 billion

4. SUMBER PEMBIAYAAN PREP:

(a) Suntikan langsung Fiskal – RM22 billion
(b) Moratorium dalam bayaran pinjaman – RM100 billion
(c) Guarantees – RM55 billion
(d) Pengeluaran dari EPF – RM40 billion
(e) Sumber lain – RM13 billion
(f) Pakej Rangsangan I - RM20 billion

5. LANGKAH:
(a) Melindungi Kebajikan Rakyat - 28 langkah 
(b) Menyokong Perniagaan – 12 langkah
(c) Memperkukuh Ekonomi – 5 langkah

6. PERBANDINGAN ANTARA NEGARA (US$)
(a) Malaysia (Pakej ke-2) – US$ 58.28 billion
(b) Jepun (Pakej ke-2) – US$ 19.6 billion 
(c) Korea Selatan - - US$9.7 billion
(d) USA - - US$2.2 trilion
(e) Spain - US$220 billion
(f) Singapore - US$32.2 billion
(g) Italy - - US$28.3 billion
(h) UK - US$42.7 billion
(i) Thailand - US$12.7 billion

LihatTutupKomentar
Cancel