Empat bekas Pengarah Kesihatan Sarawak bantu lawan Covid-19
KUCHING - Empat bekas Pengarah Kesihatan Sarawak yang sudah bersara menyumbangkan masa serta tenaga untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menghadapi Covid-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian dalam satu hantaran di Facebook berterima kasih kepada Dato Dr Yao Shi Chi, Datu Dr Zulkifli Jantan, Datu Dr Andrew Kiyu dan Dr Jamilah to come on board to fight COVID 19.
Mereka mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang luas serta pernah menempuh cabaran dari wabak SARS, Nipah & “MERS”.
Kali ini ketika Sarawak menghadapi ujian Kesihatan Awam yang paling getir, mereka tampil membantu.
Terima kasih kerana sudi membantu Sarawak.
