Tutup pasar basah, mesej palsu, Dev Kumar

KUCHING:Mesej yang tular di media sosial mengenai Pasar Basah akan ditutup adalah palsu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak,
Dato' Dev Kumar berkata,mesej palsu itu boleh mengusarkan masyarakat dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) COVID-19 pada masa ini.

 "Pihak polis mengesahkan bahawa berita tentang penutupan Pasar Basah adalah palsu. 

"Pasar-pasar,supermarket,kedai runcit yang menjual barang makanan masih dibuka dan orang ramai tidak perlu bimbang," katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak polis meminta individu-individu yang suka menyebarkan berita palsu untuk  menakut-nakutkan masyarakat menghenti perbuatan itu.

"Hentikanlah perbuatan yang menyalahi undang-undang ini. 

"Jika kita mengesan individu yang  menyebarkan berita palsu, kita akan tangkap serta-merta dan mengambil tindakan undang-undang,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel