Bazar Ramadan, masih terlalu awal.
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, masih terlalu awal membuat keputusan sama ada Bazar Ramadan diteruskan atau dibatalkan.
"Kerajaan masih melihat keadaan semasa. Kita masih terlalu awal membuat keputusan tersebut," katanya ketika mengulas sama ada Bazar Ramadan diteruskan di Sarawak ekoran penularan wabak COVID-19.
Sarawak mempunyai beberapa bazar ramadan yang cukup popular diseluruh negeri termasuk Bazar Ramadan Satok, Bazar Ramadan Medan Niaga Satok, Bazar Ramadan MetroCity, Bazar Ramadan Kota Sentosa, Bazar Ramadan Stutong dan banyak lagi.
Negeri Sembilan merupakan negeri pertama mengumumkan pembatalan bazar ramadan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini.
Katanya, tiada bazar ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan yang menghampiri bulan Ramadan.
Gambar fail Bazaar Ramadan 2019 Facebook Dr Sim Kui Hian





