Kenal pasti zon merah sebelum nyahkuman


KUCHING: Kawasan Zon Merah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum operasi nyahkuman dilaksanakan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya masih mengenal pasti kawasan yang akan dinyahkuman di Sarawak dalam masa terdekat.

“Kita menilai sama ada operasi nyah kuman dilaksanakan di Sarawak atau sebaliknya, sebelum mengenalapsti lokasi,"  katanya selepas 
selepas meninjau stok bekalan makanan bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah pasar raya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan untuk nyahkuman tempat awam seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahananan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub.

Sabri memberitahu operasi nyahkuman akan dilaksanakan di lokasi dikenal pasti sebagai zon merah jangkitan COVID-19 apabila merangkumi premis awam yang menjadi tumpuan ramai seperti pasar dan masjid.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementeraian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah drastik telah diambil oleh kerajaan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

“Kita lihat proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case detection, di mana kita akan mencari, menguji, dan mengasingkan mereka yang positif.

“Sementara, mereka yang tidak positif kita akan masukkan ke dalam 'self-quarantine' dalam tempoh 14 hari dan kita akan rawat mereka,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel