Petani hilang ketika memburu
SRI AMAN: Seorang petani dikhuatiri hilang selepas tidak balik rumah ketika keluar memburu di kawasan Bukit Tampah, Po Ai,di sini.
Mangsa, Patau Mok,36, beralamat di rumah Connie, Panggau keluar memburu seorang diri pada jam 2 petang, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata, bimbang suaminya tidak balik ke rumah, isteri
Miloh Dol, 56, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sri Aman,semalam.
"Empat penduduk yang membantu mencari mangsa hanya menemui motosikal mangsa di kawasan kaki Bukit Tampah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,berdasarkan maklumat daripada penduduk mangsa mempunyai kemahiran di dalam hutan kerana cukup memahami lokasi kawasan berkenaan.
"Sebelum ini mangsa pernah tidak balik selama dua malam ketika keluar memburu dan percaya mangsa tersesat di Bukit Tampah"ujarnya.
Katanya,operasi mencari dan menyelamat mangsa(SAR) dilancarkan hari ini membabitkan pihak Polis,Bomba,
Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.
