COVID-19: Nelayan dibenar ke laut


BINTULU: Nelayan masih dibenarkan turun ke laut menangkap ikan bagi memastikan keperluan makanan negara mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap Maritim Malaysia Zon Bintulu, Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM Setia), Leftenan Komander Maritim, Mohamad Raimi Mohamad Nor,walaupun dibenar turun ke laut,golongan nelayan tertakluk mengikut segala garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
"Aktiviti tangkapan ikan di laut oleh vesel nelayan tradisional, kelas A, Kelas B dan Kelas C masih boleh diteruskan dalam tempoh PKP ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Maritim Malaysia Zon Bintulu bersama Pasukan Polis Marin Bintulu menjalankan operasi di jeti Pasukan Polis Marin Kampung Jepak, hari ini.


Katanya, nelayan disarankan mengamalkan langkah menjaga kebersihan diri yang betul sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Sebarang aktiviti rekreasi seperti di pesisir pantai dan aktiviti rekreasi di laut seperti memancing adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Katanya, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan  
sesiapa yang terbabit dalam bidang penting dibenarkan untuk keluar bekerja termasuk nelayan.

Orang awam terutama nelayan yang berada di laut sepanjang tempoh PKP ini disaran menghubungi Maritim Malaysia Zon Bintulu jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau kejadian kecemasan di laut dengan menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 086-314 254 beroperasi 24 jam.
LihatTutupKomentar
Cancel