COVID-19:Warga Miri murah hati, bantu penduduk memerlukan

MIRI : Penduduk di Miri bermurah hati apabila menyumbangkan makanan kepada golongan memerlukan di bahagian itu yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penularan wabak COVID-19.

Lebih 200 pek barang makanan diagihkan hasil kutipan menerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau untuk diagihkan kepada penerima.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting berkata, pek makanan berkenaan mengandungi keperluan asas seperti telur, beras, sardin, gula dan biskut.

"Bantuan ini diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutama yang tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan harian,"katanya di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu melahirkan rasa bangga  dengan sokongan penduduk Miri yang bermurah hati kerana sudi tampil bersama-sama membantu golongan memerlukan ini. 

"Kita menghargai sumbangan ini  dan berharap lebih ramai lagi pihak yang sudi tampil membantu," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel