Ejen tambah nilai judi dalam talian diberkas di Bau

BAU: Dua wanita warganegara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu kedai diberkas pihak polis kerana terlibat sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian.

Kedua-dua mereka yang berusia 21 tahun berasal dari Sambas ditangkap jam 6.20 petang semalam dalam Ops Dadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau di premis kedai J&A Mobile, Jalan Jambusan,di sini.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi superintendan Poge Nyaon berkata,ketika serbuan dijalankan kedua-dua suspek sedang duduk di kaunter premis. 

"Hasil Pemeriksaan pihak kita membuat tangkapan dan rampasan seunit telefon bimbit jenama Huawei dan sejumlah wang tunai,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam kes berasingan pihaknya turut menangkap seorang lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia kerana turut kerana turut bekerja sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian.
"Suspek lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 29 tahun pada jam 5.30 petang di premis kedai di Jalan Seringgok.

"Kita turut merampas seunit telefon bimbit jenama Neffos dan sejumlah wang tunai,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka.
LihatTutupKomentar
Cancel