Rumah terbakar ketika penyewa keluar cari rezeki
MIRI: Dua buah rumah sewa terbakar di Kampung Dagang,Bekenu, di sini, terbakar tengah hari ini.
Dalam kejadian itu difahamkan kesemua empat penyewa bersama ahli keluarga masing-masing tidak berada di rumah kerana sedang berniaga di Pasar Bekenu.
Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 tengah hari.
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri telah digerakkan ke tempat kejadian.
"Kebakaran telah pun memusnahkan dua buah rumah jenis tidak kekal dua tingkat, kedua-duanya berukuran 25' x 50'," katanya di sini hari ini.
Katanya,pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran merebak ke rumah yang ketiga.