Enam lagi kes positif Covid-9


KUCHING : Sarawak merekodkan enam lagi kes positif Covid-9 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 9 kes.

Menurut kenyataan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dua daripadanya adalah dari Limbang dan empat (4) dari Kuching.

“Semua mereka sedang dirawat di hospital. Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah mengumumkannya hari ini semasa mesyuarat khas bagi membincangkan perkembangan situasi Covid-9 di Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata Sarawak telah mengambil langkah segera untuk mengumumkan kes terbaharu agar orang awam dapat mengetahui perkembangan terkini dengan segera.

Beliau menggesa, mereka yang telah menghadiri “Ijtimak” perhimpunan keagamaan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dan belum melaporkan diri untuk berbuat demikian di hospital atau Pejabat Kesihatan Bahagian berdekatan bagi saringan Covid-9 dengan kadar segera.

“Kami telah mengesan 311 orang dan percaya lebih ramai bilangan peserta dari Sarawak yang hadir ke perhimpunan tersebut.

"Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengkaji Borang Deklarasi Kesihatan Sarawak yang telah dikumpul dari empat Lapangan Terbang bermula 2 hingga 5 Mac untuk mengesan mereka yang terbang ke Sarawak.

Katanya, pihaknya juga berbincang dengan wakil pihak Hospital Swasta untuk berkerjasama bagi menangani Covid-19 di Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel