Esok last day diskaun saman 50%
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan Kempen Bayaran Saman secara e-payment selama lima hari sempena Peringatan Hari Polis Ke-213. Kempen bermula dari 25 hingga 29 Mac 2020 bertujuan mengalakkan orang ramai membayar saman masing-masing secara e-payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di ibu pejabat polis seluruh negara yang bermula pada 18 Mac 2020.
Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya JSPT memahami bebanan kewangan yang dialami orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020. Justeru, penawaran kadar diskaun sehingga 50% bagi saman-saman tertentu dijangka mampu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat.
Pembayaran secara e-payment dengan diskaun 50% ini hanya boleh dibuat melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
JSPT menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi PKP yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama.
