Percuma 1GB Internet Berkelajuan Tinggi Setiap Hari
KUCHING - Semua pengguna pra-bayar dan pascabayar Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile bakal menikmati internet berkelajuan tinggi percuma 1GB setiap hari.
Menerusi pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Mac oleh Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan internet berkelajuan tinggi percuma untuk semua pengguna bermula 1 April
ini.
Pihak MCMC melalui kenyataan media di Twitter berkata "1GB percuma yang disalurkan oleh pihak pembekal telekomunikasi akan diberikan setiap hari bermula dari 8 pagi hingga 6 petang".
"Sebanyak RM600 juta ringgit telah diperuntukkan untuk pemberian internet percuma ini. Ini merupakan kerjasama antara syarikat-syarikat telekomunikasi dan 1GB sehari akan diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat".
MCMC yakin insentif-insentif yang diumumkan ini dapat meringakan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19 di samping membolehkan kesalinghubungan yang berterusan supaya rakyat dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih efisien.
Untuk butiran lanjut mengenai pakej-pakej yang telah ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pihak awam digalakkan untuk merujuk atau menghubungi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing masing, menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
