Guan Eng doakan Ling Biu sembuh

KUCHING: DAP Sarawak memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Kesihatan Negeri sepanjang penularan wabak Covid-19 termasuk pengesanan kontak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya berdoa Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang positif Covid-19 di Hospital Sibu pulih secepat mungkin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kami terutamanya dari Kementerian Kesihatan kerana kerja keras mereka dalam memerangi pandemik Covid-19 dan melindungi rakyat Malaysia dalam masa-masa yang mencabar ini," katanya menerusi kenyataan.


Kenyataan Lim Guan Eng

Saya mendoakan Saudara Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei yang telah disahkan positif Covid-19 di Hospital Sibu, Sarawak. Semoga beliau kembali sihat dengan segera. 

DAP Sarawak telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengenalpasti langkah-langkah seterusnya, terutamanya pengesanan kontak.

Terima kasih kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus merawat dan melindungi Rakyat Malaysia daripada wabak Covid-19.

=========================

I pray for Saudara Wong Ling Biu, the Member of Parliament of Sarikei, who was tested Covid-19 positive at Hospital Sibu, Sarawak. I wish him a speedy recovery. 

DAP Sarawak has rendered full cooperation to the State Health Department for guidance on the next course of actions, including contact tracing. 

I would like to thank our frontliners especially from the Ministry of Health for their hard work in fighting the Covid-19 pandemic and protecting Malaysians in this trying times.

LihatTutupKomentar
Cancel