Guru parkir perahu depan kelas


BINTANGOR: Pengangkutan awam seperti bas, kereta atau motosikal adalah kenderaan yang kita biasa gunakan untuk pergi ke tempat kerja. 

Berlainan pula dengan guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman. 

Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan perahu untuk turun mengajar seperti di SK Mupong Ulin, Bintangor.

Apa yang menariknya kali ini, fenomena air pasang besar memaksa guru-guru meletakkan 'Bot Formula 1' mereka di hadapan kelas kerana jeti untuk menambat perahu ditenggelami air.


"Kami biasa akan menambat perahu di jeti namun kali ini air pasang besar, kami terpaksa menambat kenderaan di depan kelas. Hanya perahu yang digunakan untuk kami pergi dan balik 2 minggu sekali dari Pekan Bintangor ke SK Mupong Ulin yang memakan masa 1 jam perjalanan untuk turun mengajar" ujar salah seorang guru di sekolah tersebut.

"Kali ini, air pasang besar luarbiasa di mana air naik melebihi 2 meter dari paras biasa. Untuk pendidikan jasmani terpaksa ditangguhkan untuk sementara kerana padang yang ditenggelami air," ujarnya lagi.

Malah penduduk rumah panjang di sekitar SK Mupong Ulin pun turun menambat perahu mereka berhampiran titian rumah mereka akibat fenomena tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk berjaga-jaga mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
LihatTutupKomentar
Cancel