Hanya motosikal mangsa ditemui


SRI AMAN:Hanya motosikal milik mangsa yang ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang petani yang hilang ketika keluar memburu di hutan di Bukit Panggau Po Ai, di sini, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,motosikal Modenas Kriss itu ditemui dikaki Bukit Tampah, Poi Ai dihujung ladang SALCRA.

 "Laluan ke lokasi tersebut dari rumah kediaman mangsa lebih kurang 14 kilometer melalui jalan sempit berbatu/tanah serta berbukit bukau yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4x4 dan motosikal.
"Operasi SAR  yang masuk hari kedua di bahagi kepada empatsektor, setiap sektor atau pasukan seramai 12 orang dan satu pasukan hanya dua orang sebagai pasukan peninjau,"katanya di sini hari ini.

Katanya, sektor satu memasuki hutan sebelah kanan bukit Tampah dan menyusuri kawasan Empadi dari Pusat Kawalan Bomba(PKB) dalam radius tiga kilometer pencarian manakala sektor dua memasuki hutan bukit Tampah sebelah tengah dari PKB dalam radius 3km pencarian.

"Sektor tiga dan empat pula memasuki hutan kawasan Empadi dari PKB dalam radius 3km pencarian ke Empadi Mawang manakala sektor empat memasuki hutan Empadi  sebelah kiri dari PKB dalam radius 3km pencarian  ke kengungan,"ujarnya.
Katanya,operasi SAR ditangguhkan pada jam 4 petang ini  atas faktor kawasan gelap dan hujan lebat.

Mangsa,  Patau Mok,36, beralamat di  rumah Connie, Panggau keluar memburu seorang diri pada jam 2 petang, Rabu lalu.

Bimbang suaminya tidak balik ke rumah, isteri Miloh Dol, 56, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sri Aman,Jumaat lalu.
LihatTutupKomentar
Cancel